MATEMATIK PERUNCITAN
(Mathematics of Retailing)
Pensyarah: Dr. Nur Syafiqah Binti A. Samad | ATF31303 L7
1. Pengenalan: Rantai Bekalan (Supply Chain)
▼Produk melalui beberapa peringkat sebelum sampai kepada pengguna. Setiap peringkat menambah tokokan (markup) pada kos untuk mendapatkan keuntungan.
Pengilang ➡️ Pengedar ➡️ Pemborong ➡️ Peruncit ➡️ Pengguna
2. Bahagian Pembelian (Buying)
▼Pengurangan daripada Harga Senarai (List Price) yang diberikan oleh pembekal kepada peniaga.
- Harga Bersih (Net Price, NP): Harga yang sebenarnya dibayar oleh peniaga.
- Formula Penting:
A = L x r
(A = Jumlah Diskaun, L = Harga Senarai, r = Kadar Diskaun)
NP = L - A ATAU NP = L(1 - r)
Diberikan jika terdapat lebih daripada satu diskaun (contoh: 25%, 15%, 5%).
- Konsep: Diskaun seterusnya dikira berdasarkan baki harga selepas diskaun sebelumnya ditolak.
- Formula:
NP = L(1 - r₁) (1 - r₂) (1 - r₃)
Satu kadar tunggal yang mewakili keseluruhan siri diskaun berantai.
Nota: Nilainya sentiasa lebih kecil daripada jumlah tambah terus peratusan tersebut.
Diberikan untuk menggalakkan pembayaran hutang dengan cepat.
- Simbol Biasa: 3/10, n/30
- 3/10: Diskaun 3% jika bayar dalam masa 10 hari dari tarikh invois.
- n/30: Tiada diskaun selepas itu, tapi tempoh kredit tamat pada hari ke-30.
3. Bahagian Penjualan (Selling)
▼Perbezaan antara kos barang dengan harga jual. Ia digunakan untuk menampung perbelanjaan dan keuntungan.
(S = Harga Jual, C = Kos)
Komponen Tokokan: M = OE + NP (OE = Kos Operasi, NP = Untung Bersih)
- Jika M > OE, anda dapat Untung.
- Jika M < OE, anda mengalami Rugi.
Harga jualan yang hanya cukup untuk menampung kos barang dan perbelanjaan operasi (tiada untung, tiada rugi).
Boleh dikira dalam dua cara:
- Berdasarkan Kos: %Mc = (M/C) x 100
- Berdasarkan Harga Jual: %Ms = (M/S) x 100
Pengurangan daripada harga jualan asal, biasanya untuk promosi atau menghabiskan stok lama.
Peratus Markdown: %MD = (MD/S) x 100
💡 Tips Study (Extra Explanation)
▼- Kenali L vs C: Harga Senarai (L) digunakan dalam urusan dengan pembekal. Kos (C) adalah harga yang peniaga bayar (selepas tolak diskaun).
- Aliran Duit: Jangan keliru antara Tokokan (Markup) dan Untung (Profit). Tokokan adalah "duit lebih" kasar, manakala Untung adalah apa yang tinggal selepas semua bil (OE) dibayar.